Thursday, August 13, 2009

Bidadari Dunia

Dalam saat hati kekeringan disebalik kemarau panjang
Datang titisan air menderu menamatkan seribu kerisauan
Timbul rasa ranjang dan timbul rasa ditelanjangkan
Melihat kehadiran setapak demi setapak
Dikuak dalam dada sedikit demi sedikit
Menerima kehadiran yang menamatkan kesengsaraan
Demi menamatkan sebuah kegelapan


Monday, August 10, 2009

Emosi Mekanika

Emosi tidak boleh dibentuk
Emosi sudah terbentuk
Tuhan membentuk emosi

Aku sukar memahami keunikan yang diciptakannya
Sesuatu yang tidak dapat engkau aku mereka tafsirkan bersama
Ada orang boleh menangis
Ada orang melihat yang lain menangis
Ada orang turut serta menangis
Ada orang menumpang tangisan

Dalam keadaan begini basi
Ada orang beremosi mengguna maya untuk bertradisi
Dalam maya dia lain
Dalam maya engkau beza
Dalam maya mereka kontra
Dalam maya aku bersuara

Friday, July 17, 2009

Lelah Dengan Dunia

Sela mata aku berkelip, aku merasakan detak kerisauan pada isi jantung. Tidak tahu kenapa. Mungkin aku berasa penat dan letih melihat kepada perjalanan hidup yang terlalu variasi.Terlalu seni. Sehingga terasa sisa segalanya menjadi sampah tatkala tamat sesuatu yang telah dimulakan.

Aku berasa tidak betul. Aku lihat di jalanan, orang teriak meluah rasa. Aku cuba merasa apa yang dirasa. Terlalu banyak yang didiskripsi berasas teori yang aku rasa hanya ilusi dan fantasi kerana masih gagal terbukti. Namun, tanpa teori, semuanya berjalan tanpa asas. Semuanya menyendiri tanpa bias.

Jauhkan aku dari kehidupan dunia. Sesat diulit tangan-tangan kotor. Warna menjadi penentu. Ras menjadi perisa. Bangsa menjadi jenama. Ah.

Aku telah mengolom ilmu terlalu lama. Tapi apakah aku akan jadi apa yang terkolom sekian lama. Aku ingin jadi apa yang aku inginkan.Tapi apa yang aku inginkan? Masih lagi sia-sia andai kata matlamat selama ini aku hanya semat tanpa cermat menuturnya secara setapak demi setapak.

Aku tidak ingin mendengar kata orang. Biarlah aku dicemuh. Aku cuma ingin berjalan tanpa henti, tanpa hala, tanpa tuju, tanpa halangan, tanpa rintangan.Kerana aku....Aku sudah lelah dengan dunia.




Dan, aku ingin mati.

Thursday, June 18, 2009

Provinsi

"Itu provinsi aku!"
Kata dia dalam hati

"Tapi engkau berkata dalam seni"
Kata mereka dari bibir

"Mampukah engkau menjaga provinsi itu andai kata engkau tidak bertindak?"
Aku mula menyampuk

"Apa yang aku miliki.Privasi aku kecil.Privasi mereka besar"
Salur hati ke mulut dari dia kepada aku

"Engkau perlu lawan.Jangan takut"
Kata mereka dari bibir lagi

"Engkau memang berprivasi kecil.Tapi engkau ada hati yang besar dan likat warnanya"
Kata aku bagai disampuk

"Ah! Biarkan aku menyendiri bersama privasi kecil.Engkau tidak faham.Provinsi itu mungkin bukan milik aku"
Kata dia mengalah seperti biasa norma manusia

"Bila engkau hendak menang?"
Bidas mereka

"Engkau tidak akan menang"
Marah aku

Tidak semua yang difikirkan akan sama. Yang cantik tidak semestinya bersama yang cantik.Kerana realitinya.Kita perlu berbeza untuk bahagia.

Umat Islam 09

Umat ini umat bodoh
Mudah berderai setelah ditolak
Mampu bercerai bila didolak
Ah! Inikah yang dikatakan umat saudara
Apabila darah engkau dikatakan darah aku

Bangangnya umat ini
Bisingnya bila kata semangat kebangsaan
Namun engkau sesama engkau ada semangat bangsat
Lebih dahsyat
Lebih hangat
Lebih dangkal

Jeninnya umat ini
Bila mudah berpecah
Nakhoda yang berbeza
Anak-anak yang menjadi mangsa
Tidak ubah bagai penceraian
Bagai virus yang dibabi babikan

Umat ini umat dungu
Siapa itu ulama'
Siapa itu profesional
Siapa itu konvensional
Siapa itu liberal
Semuanya menjadi tatapan mata semua
Kelas-kelas yang muncul tanpa diduga
Endorgan kah engkau? UMNO kah engkau?

Umat ini selalu berpecah
Walau dimana jua
Jangan salahkan Israel, jangan salahkan Amerika
Jangan salahkan UMNO, jangan salahkan sesiapa
Kerana engkau yang tidak betul
Kerana engkau ikutkan rentak mereka
Kerana engkau lupakan junjungan kita.

Wednesday, June 17, 2009

Rasa

Dalam hidup
Tak selalu indah
Kerana keindahan itu muak dan mual
Sebab itu ada juga variasi perasaan
Perasaan bukan kadar perasan
Tapi rasa yang diperasankan

Dalam rasa
Pasti terselit gundah
Kerana gundah itu mencanangkan benda yang tenang
Supaya lebih peka dengan kehidupan
Peka bukan pekak

Dalam marah
Mesti tercalit dendam
Dendam yang mesti terbalas atau dibalas
Tapi nasib ada rasa culas
Sebab culas memulas perkara yang cuba digalas

Dalam hidup
Ada kala muncul kehitaman dari keputihan
Kerana keputihan juga tak menjamin kegembiraan
Seperti yang terlekat pada vagina
Seperti jua yang muncul seperti bintik hitam
Kerana kehitaman juga tak menjamin kesedihan

Saturday, June 13, 2009

Polititik

Politik tidak pernah ada titik noktah,
Ada sahaja yang ingin dimuntah,
Yang pasti mengundang gundah,
Bergulana entah ke mana,
Mungkin klise mengatakan erti pangkat, harta dan darjat,
Tapi itu mungkin putaran setiap episod,
Kerana politik tidak pernah bertitik.

Wahai Tun-Tun,
Apakah engkau tahu akan perkara di bawah?
Wahai Tan Sri Puan Sri,
Adakah engkau tahu suara derita di bawah?
Wahai Dato' Datin,
Tidakkah engkau lelah berada di singgahsana?
Wahai pengejar pangkat,
Bilakah engkau akan berhenti bermain di belakang?

Ah! Engkau barisan, aku pakatan,
Engkau keluar barisan, aku keluar pakatan,
Yang akhirnya, mereka juga yang bentan,
Komplikasi,
Hipokrarsi,
Birokrasi,
Hanyalah untuk dapatkan sensasi,
Anjakan populariti pasti didapati,

Di penghujung jalanan,
Baru kita sedari,
Kita terjebak dalam dadah,
Mula menusuk dalam madah,
Ketika itu engkau mula mencari noktah,
Hanya satu titik hitam yang engkau perlukan,
Tetapi titik hitam itu hilang,
Sukar dicari,
Kerana telah tersorok dan terperosok dalam hatimu yang kelam,
Sebab itu,
Politik ini tiada bertitik.